Sabtu, 23 Julai 2011

kenapa MAKHLUK HALUS itu mengganggu lagi..


sixth sense?
percaya,tidak percaya,percaya,tidak percaya.
itulah hakikatnya.
dulu ada,tapi bila di abaikan semakin hilang deria itu.
kurniaan dari Nya yg seketika waktu amat berguna.
seketika waktu lagi mampu membuat hidup sentiasa menggeletar.
namun semakin hari,
kurniaan itu kembali,
namun bukan pada tuan asalnya.
tetapi kepada si kecil yg tidak mengerti tentang dunia.
sedang asyik bermain kadang2 menangis tak tentu hala.
dan akhir2 ini juga,
antara si kecil terdapat si kecil yg lebih kecil merasa tempias itu.
bukan diminta bukan di puja.
namun ade yg membawanya tanpa sedar dari alam maya.
dari jauh cuba pikir apa yg 'dia' inginkan.
sudah tersurat juga di dalam Al Quran.

"aku (syaitan) bersumpah untuk menyesatkan hamba Allah sehingga Hari Kiamat. "

tanpa di minta dan di duga.
datang seorang hamba Allah datang bertanya dan membantu.
hanya bacaan ayat2 Al Quran yg di titipkan.
katanya mungkin makhluk di sekitar kita,
yg hanya ingin bersahabat,
kemungkinan juga ada yg ingin membuat onar.
kita hanya mampu memanjatkan doa tanpa putus.
setiap yg terjadi ada jalan penyelesaiannya.
sekali lagi cuba untuk memulih dari ape yg tersurat.


1.Ada kah matanya melilau melihat sekeliling
2.Adakah ia menangis tetapi tiada airmata
3.Menangis seolah-olah seperti di cubit,
4.Menangis dalam keadaan takut,
5.Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
6.Tidur di selang seli dengan tangisan
7.Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari


Setelah memastikan perkara ini,anda harus tingkatkan lagi kesabaran dan memohon perlindungan Allah SWT dan melakukan beberapa ikhtiar yang mungkin dapat membantu.

Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat

Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan dan hembus di ubun2 dengan perlahan.

Jika anda tidak dapat melakukanya sendiri ,minta pasangan anda pegang dan tenangkan sementara anda membaca ayat-ayat tadi diatas semangkuk air dan sapulah padanya (lakukan seperti mengambil wudu pada bayi) atau..

Ambil semangkuk air campurkan 3 keping asam keping..bacakan alFatihah 11 kali ,Selawat 11 kali dan basahkan dibahagian ubun-ubun.

masih segar segala ajarannya di atas sekeping kertas.
tetapi pelik mula menular.
2 hari selepas itu,baru tersedar.
tiada kewujudan manusia yg membantu itu.
tidak pernah ada dan tidak akan ada.
siapa dia sebenarnya??





P/S:bersabarlah sayang,tiada apa yg perlu di takutkan.DIA ada Maha Pelindung.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

2 KENTANG TERGOLEK2 NAK BERCAKAP:

CintaZulaikha berkata... BALAS

slagi kita berpegang kpd ajaranNya, nescaya Dia akan membantu kita..

noyis gila kentang~~ berkata... BALAS

@CintaZulaikha BETUL 2 akak.selagi kite berpegang,Dia akan sentiasa memimpin kite kan.doakan family saya sentiasa aman dari gangguan itu.:)