Selasa, 25 Disember 2012

review kata pertama:DIARI CINTA ROMEO

"tiada hati yang isinya kosong tanpa cinta..."

aku?
aku pula mungkin akan 
belayar bersama sama diari ini 
dalam lautan cinta 
yang hanya bertopengkan niat dan segenggam keikhlasan 
demi sebuah keabadian......................

-----------------------------------------------------------------------

ahad(0200:20052012)

KLCC

Jarak antara aku dan dia shasta angin cuma.rapat.betu betul rapat.aku jadi kaku.lidah kelu.aku pandang dia.dia tunduk,malu.aku dapat rasa getaran jantungnya.aku dengar pernafasan dia.aku dapat rasa keluh resah hatinya.masa seolah olah terhenti buat kami.andainya kami sedang diberi peluang untuk bersama merasa dan menghargai satu sama lain.aku cuma harap agar waktu terus terhenti.biar kami terus di sini.hanya kami.demi cinta,kasih dan sayang yang suci.aku takkan lupa sampai bila bila.nafasnya,getaran jantungnya,keluh hatinya.



shafiz mahmod

penulis muda berkarya
from Joho
dua tahun renew lesen kereta saja saja
walaupun memandu tak cekap
cita cita tinggi,mahu bela rambut panjang
masih menanti rusuk kiri
anyone?


esok,keterangan lanjut tentang novel #DiariCintaRomeo.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Isnin, 24 Disember 2012

kalau dulu SATU,sekarang semua DUA


KALAU DULU SATU,SEKARANG DUA

kalau dulu aku pikir perut aku,sekarang aku wajib pikir perut suami
kalau dulu aku pikir tidur aku,sekarang aku pikir jaga aku untuk suami
kalau dulu aku pikir masa aku,sekarang aku pikir masa untuk suami
kalau dulu aku masak untuk aku,sekarang aku masak untuk suami
kalau dulu aku busuk untuk aku,sekarang aku wangi untuk suami
kalau dulu aku malas untuk aku,sekarang aku rajin untuk suami
kalau dulu aku ikut hati aku,sekarang pikir untuk hati suami
kalau dulu duit aku duit aku,sekarang duit aku duit suami
kalau dulu tanggungjawab hanya aku,sekarang tanggungjawab sebagai isteri



dulu aku hanya pikirkan diri sendiri
sekarang aku harus pikirkan suami
tenang
itulah perasaanku sekarang
sebagai isteri kepada suami aku
menjadi yang halal buatnya
sesuatu yang indah
alhamdulilah

AKU SUDAH BERTEMU KEKASIH HATI DUNIA DAN AKHIRAT

terima kasih Allah
terima kasih ibu & papa
terima kasih suami
kerana membahagiakan hidup aku


"SELAMAT PENGANTIN BARU NORIS & NAZRI"
semoga berbahagia dunia dan akhirat


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Isnin, 12 November 2012

KEREDHAAN

assalammualaikum

sibuk
itulah kehidupan aku sekarang
sebagai seorang noris
sebagai seorang misi
sebagai seorang anak
sebagai seorang bakal pengantin
semua harus ku jaga
kesihatan,perasaan,kerja,keluarga,diri,kesayangan


senyum
sentiasa ada
namun itulah aku
dari luaran suka bergelak
suka ketawa
tetapi jika aku dikelilingi masalah
senantiasa aku simpan sendiri
dan sedaya upaya akan diselesaikan sendiri
alhamdulillah
sampai hari ini aku masih lagi kuat

ya Allah
kuatkanlah hamba Mu ini
aku lakukan semua ini kerana Mu ya Allah
ikhlas
redhai aku
redhai kehidupan ku
redhai pekerjaanku
berikan kekuatan Altromen Taro kepadaku
yang sentiasa menjadi hero
walau sekuat mana si raksasa

debaran makin terasa
bagai nak tercabut jantung
namun
disebabkan kekuatan yang Engkau berikan
aku mampu mengawal semua dengan baik
alhamdulillah

 12 hari lagi
redhai kami.:')


half part of my life.



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Ahad, 28 Oktober 2012

SELANGKAH ke alam seterusnya

ASSALAMUALAIKUM

perasaan
sesuatu yang indah
kadang menakutkan
kadang sedih
otak,badan
sangat memenatkan
namun demi menuntut sesuatu tuntutan Nabi S.A.W
aku gagahkan











26 hari lagi
bakal menuju ke alam seterusnya
segala rasa ada
berbaur
ya Allah,permudahkanlah segalanya
hanya engkau Maha mengetahui dan Maha berkuasa
lindungilah hambamu ini
bagi menuntunt suruhan Mu dan tuntutan Nabi Mu.

dear future husband
"i'll be a good wife ever after NIKAH as long you promise me one thing.help me and accompany me in getting to Jannah."

sincerely from deep of my heart

photographer: LensaLangxie
kemeja T: Padini Concept


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 10 Oktober 2012

KATA UNTUK MISI MISI TERBANG KE SABAH SARAWAK

di suatu petang yang hening.ketika aku di Kedai Bunga Budaya

"you make me dance,bring me up,bring me down,play it sweet,make me move,like a freak......."
ringtone berbunyi.

gua:"ello nik!hah,nape?"

nik:"kak!!penempatan dah keluar.saya dapat SARAWAK!arghhh!Salwa sarawak,Mah sarawak."

gua:"hah??bio beno.betul betul r nik.tipu ea."

nik:"serius la kak!hahaha.wat pe nak tipu.cepat kak cek."

gua:"alaaaaa...oke oke!"

kacau stim gua nak beli bunga hantaran.yang pada mulanya sangat penting tadi jadi terakhir penting.terus campak bunga.naik cc Saujana.duduk.letak beg.masuk internet.

kakak cc:"dik2!nak online ke?"

gua:"eh tak.nak basuh baju ni.=..=."

kakak cc:"heee~~"

masuk no ic.gua kejam mata.bunyi lagi talipon.kawan mintak tolong cek kan.eh LEE SI LI ni.kacau je ritma jantung gua yang sedang berdegup kencang.dapat Pahang.ala..untungnyeeee.gua?masukkan no ic.89xxxx-01-xxxx.tekan!tak ade ponnn.tutup mata.macam orang bongok.memang la tak nampak.pelan pelan bukak mata.orang sebelah dah pandang lain macam.

"tempat melapor diri:JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR."

alhamdulillah!!syukur ke hadrat Illahi.mesej masuk bertalu talu.my God!kawan kawan rapat majoriti semua dapat Sabah Sarawak.macam tak percaya.siap tengok henpon berkali kali.betul ke tak ni.hari ini hari Rabu.betul.apa niii!kenapa mesti mereka ke seberang laut.alahai.kesiannya.masing masing ada yang tepon nangis.mesej nangis.wassup nangis.ala...gua pulak yang sedih lebih.

sayang semua.gua buat entry ni khas untuk semua.mungkin bagi korang gua tak paham apa perasaan korang semua.tapi salah sayang,gua paham.walaupun gua dapat Semenanjung.tapi perasaan gua sedih gak.mana tak nya.87.5% dari kita semua terus kerja Sabah Sarawak.apakah maknanya.tak pernah terlintas di kotak fikiran mahupun kotak suara kau semua akan ke sana sayang.seriously!gua masih tak percaya sampai saat ini.namun....sakit berbirat dah pipi gua sebab lempang lempang banyak kali.oh,realiti rupanya sayang.

pesanan ini gua reka khas ikhlas dari hati gua yang berbentuk bulat

1.JAGA DIRI,JAGA MARUAH.kita di tempat orang.jaga semuanya.kita orang perempuan.jangan buat yang tidak tidak kat sana.bukan maruah kau sorang,maruah keluarga jugak.

2.JAGA MAKAN.tahu.mula mula mesti susah.as long as cepat kau bole survive and biasakan diri,pasti bole.jangan sampai tak makan.sana makan sodap sodap.

3.JANGAN BELAGAK BODOH SOMBONG.tak tahu bertanya.kawan gua.banyak yang sesat kat sana.eh tak lama.sesat untuk 12 jam je.sebab apa?belagak pandai.tempat baru enviroment baru.so tanyalah kalau tak tahu

4.CARA HIDUP.mungkin agak berbeda.beda?sebab semenanjung lain,sana lain.masa pon lain.so pandai pandai manage diri.sistem kerja sana pon lain sedikit.tak apa.boleh belajar.belajar berdikari.

5.INGAT KELUARGA.gua tahu.kerja sana elaun besar.tapi ingat MAK AYAH.xde diorang kau tak ada.jangan pikir KAYA DUNIA je,pikir KAYA AKHIRAT JUA.pandai manage keewangan.

6.JANGAN TERLEBIH EKSAITED.kite pergi untuk berkerja.bukan untuk berjoli bersantai.kawal diri.

7.CERITA KARUT.kalau ada dengar duduk sana BAHAYA LA,PENDALAMAN LA,TAKUT KENA KAHWIN DENGAN ORANG SANA LA,tak payah percaya sangat.bahaya ada kat mana mana.bab pendalaman,kalau kau dapat semua 2 nak menguji.experience what.ingat,setiap apa yang berlaku ada hikmah.

8.BALIK KAMPUNG.jangan risau.tiket penerbangan ada semurah murahnya ada semahal mahalnya.kalau kau orang kaya beli la yang mahal.ikut la kemampuan.jangan jadi homesick.tak masal duit gaji ke flight je.raya?relax.pertama kali memang sedih.lama lama tak.gua dah rasa.

9.KAWAN.cari kawan yang betul.jangan risau gak pasal bahagia ke tak bahagia.kawan gua kat sana bahagia je.kahwin da.ada dua anak da.

10.MENANGIS.sudah.lap air mata.sekarang memang sedih.lama lama?senyum je sampai ke telinga.tak apa.ingat MAK AYAH,ingat KELUARGA pasti berjaya.pokoknya niat nawaitu saumaghodin.

yang utama SEMBAHYANG jangan tinggal.inilah masalah orang Melayu.dah berjaya tak ingat tikar sembahyang.gua cakap bukan gua baik sangat.tapi sebagai peringatan.atas sebab gua sayang kau semua.terbang kau semua ke sana gua tak dapat bagi apa apa,doa je mampu.boleh?

NIK WAWA MUN & semua.gua sayang korang.ingat gua kat sini.walau seberang laut.persahabatan sampai Jannah.:')

sekian,lintas lansung dari Sri Pentas TV3.




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 3 Oktober 2012

ZAMAN KECIK AKU MEMANG BEST!

assalammualaikum

hai semua.terasa nak bercerita.tentang zaman beyen.oo rasa nak putar balik masa jadi kanak kanak ribena yang tak pikir masalah dunia.yang hanya tahu main,makan ,tidur.seronoknyeee.hey ekau ekau semua?pasti ada benda manis suwett kan masa zaman zaman engko kecik.eh kecik ke kecil?macam mengada kalau sebut kecil. =..=

zaman aku kecik dulu,banyakkkk benda yang aku buat rasa macam betul.rasa bangga sebab macam aku manusia paling tergenius sekali di zaman itu.namunnnnnapabila dah beso godang ni,rasa selekeh je apa yang aku dah buat.kadang kadang boleh buat aku gelak sorang sorang.sebabnya...ANAK ANAK SEDARA AKU BUAT APA YANG AKU BUAT.-.-

contohnya ye...

1.bukak kipas meja,cakap depan kipas nak denga suara bertkar umpama Zaiton Sameon buat bubling.

2.naik kereta,tengok bulan pastu ingat bulan tu jalan ikut kita.

3.naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle',rasa hebat sangat!

4.masa sekolah,ada orang bagi milo free,lepas ambik sekali,menyamar jadi orang lain,beratur amik milo lagi.

5.lukis burung guna huruf 'v'.

6.lukis matahari kat penjuru atas kertas lukisan or antara bukit

7.masa kecik,fikir yang hati bentuk sebenonye macam ni - <3 nbsp="nbsp" p="p">

8.tutup peti ice pelan pelan,sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9.letak air dalam piring pastu tiup nak kasi sejuk cepat.

betul x engkau buat semua ni?haha.jangan tipu la tak buat.

sudah la.
nak main game.
bye!


aku masa kecik.comel kan? -.-


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Selasa, 2 Oktober 2012

NEW SEXY BABY


"because i naughty naughty,hey! i'm mr simple,because i naughty naughty...."

tiba tiba terngiang ngiang lagu Mr Simple by Super Junior .xde motip.sukati aku lah.mulut yang nak nyanyi.layankan je.hey hey!aku ada baby baru.bukan baby aku.kahwin pon belummm okeh.anak sedara baru.ohsem!setelah dikira kira campur tolak jari kaki,anak sedara aku dah TIGA orang semua sekali.ramai.kopak mak ngah. -.-



ado ciri ciri kemamaan?

biodata baby yang tak seberapa

tarikh lahir:24 september 2012
jam lahir:11.43 pm
jantina :perempuan seksi
berat:2.46kg
nama:PUTERI NUR NADHIRAH
nama manja:BABY


gembira tak terkata.tapi baby memang tak SABAR nak datang ke dunia nan indah permai ini.due sebenar 14 october.namun bulan september dah sibuk nak keluar dari perut ummi dia.welcome sayang!tengok tengok.dunia ini memang asyikkkk.tapi engkau tidoooo je ea baby.mak ngah cubit ke,mak ngah cium ke,mak ngah nyanyi kuat kuat ke.kau tidoooo ajo!tidaklah kuat membuta! =.=

akibat hobi baby yang suka tidur dikala siang mahupun malam tanpa menghiraukan kelazatan susu cap gantung,walaupun telah dipaksa tanpa rela membuka mata.akhirnya baby telah dijangkiti penyakit yellow.baby baby..bangun!bangun!cepat minum susu kalau nak baik.jangan malas la baby.nanti tak ada boboy nak ngorat.hahah

semua,doakan baby dalam kesihatan yang baik.currently baby bawah light incubator with cute eye glasses for baby.

"ya Allah,kurniakan kesihatan yang sempurna kepada anak kecil ini.aku ingin melihat dia membesar dengan baik.amin.."


camhwore with baby sexy


MAKCIK YANG GILOS!



NENEK YANG ROCKS!

bye!
assalammualaikum


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Jumaat, 28 September 2012

stitchNknot September pillow giveaway!


comel kan?klik banner

assalammualaikum

CUTE!perkataan pertama yang terpacul dari mult.arhhh!!mahu pengsan pon ado.aku sangat gilos pada benda benda eksotik yang comel comel ni.rasa nak gigit gigit je.however,STITCHNKNOT ni memang pembuat plushie yang comel comel belaka.rasa macam nak rampok semua plushie tersebut.hahah

so sempana bulan september yang bakal berakhir,STITCHNKNOT sangat lah bermurah hati nak bagi cupcake pillow yang super cute ni.jom join ramai2.hey!bukan untuk bloggers sahaja ye sayang!untuk facebooker pon bolehhhh.syarat yang sangat mudah.nak masuk 2 kategori pon bole.BLOGGERS AND FACEBOOKER.markah bonus.hak!hak!

untuk keterangan lanjut boleh tekan link bawah ni ye:


giveaway closed:30 sept 2012

tq STITCHNKNOT!hope your business will be moreeeee maju sebab sangat bermurah hati berkongsi rezeki dengan yang lain.:')


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Ahad, 23 September 2012

KERANA AYAM PANGGANG,HARTA HILANG =..=

kerana kau!

assalammualaikum

masalhnye disini,boleh ke tipu sunat?alaaaaaa..tekak pnya pasal.kalau gua tak mengwar warkan nak makan ayam panggang maka tidak terjadilah kisah HARTA HILANG ni.padan muka kau ayam!dah kena panggang ngan gua.semua sebab engkau! =.=

..........................................................................................

ibu:"esok nak makan lauk apa ek"

gua:"bu bu!makan ayam panggang nak?sedapnya.bila tengok iklan Masterchef 2 tiba tiba rasa nak makan ayam panggang.'ayam ini dimasak dengan menggunakan 3 teknik.kukus grill panggang,kukus grill panggang.'.haha.sedap kannn!!"

ibu:"kau kan ngah,yang tidak tidak je.oke la,pergi econsave beli ayam dengan adik."

gua:"oke.duit!duit!"

ibu:"ambik ni rm50.beli ayam,bawang putih,timun and ketumbar.ingat!jangan lupa."

gua:"okeee.ingat!ayam,bawang,ketumbar,timun.ayam,bawang,ketumbar,timun."

sepanjang perjalanan  gua bertasbih.dengan menyebut 4 jenis barang yang ingin dibeli.kononnya otak Jimmy Neutron.sesampainya di Econsave sepantas kilat capai barang barang yang diingini.siap!memang cekap kepala hotak gua.pergi kaunter.lagi 10 kaki nak sampai di kaunter.tengok ditangan.ehhhhhh..mana duit??adik tak tahu.gua?lagi tak tahu.seingat gua memang gua pegang sepanjang jalan tadi nak ke Econsave.mana?mana?habis satu Econsave gua pusing.yang hado!kalau boleh nak buat announcement.-_-

SAH HILANG!tapi sepanjang berfikir dimana sang duit itu melompat melarikan diri,gua masih dalam delima.adakah gua membawanya atau tidak!yes!of course mianmor esteplante!gua bawak duit yang berlipat 4 yang didalamnya tertulis note RM50.maklumlah kocek seluar tak ada.dah dijahit mati sebab koyak.terpaksalah pegang sahaja sekeping duit itu.dalam hati tak habis habis belasah diri sendiri sebab cuai!bongoks kau Noris!

nasib baik adik ada.bayarkan.

sampai dirumah gua berlari mengalahkan Watson Nyambek.tengok tengok sekeliling.tak adaaaa!MEMANG HILANG HARTA GUA.takut nak bagitahu.bakal di bebelin oleh nenek tua kelak.diam sahaja,ganti dengan duit sendiri.tak masal RM50 gua melayang.

gua:"ehhhh..adalah duitnya.lupa nak bawak rupanya."

padahal duit gua.selamat tinggal kertas ungu.ibu..eka tipu sunat.jangan marah. 



ibu..SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR BATIN. *tiba tiba.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

FARHANS LUCKY DRAW - RM50 UNTUK DIMENANGI!

klik banner.

"Sangat Mudah, hanya perlukan 5 minit untuk sertai. Mana lah tau dengan 5 minit korang spend nih jadi RM50 :) 
Tak salah mencuba." - penaja,FARHAN.



assalammualaikum...

teruja kan dengan tajuk?aha!seriously memang SANGAT MUDAH!hey ladies and gentleman!kamon..jom la join.sekejap je nak buat entry pasal ni.mana tahu.ada rezeki kan!bole dapat RM50 dengan free sahaja!jom join.klik banner or klik SINI.




tq farhan!noris doakan farhan dimurahkan rezeki Allah sebab rajin berkongsi rezeki.:')


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Jumaat, 21 September 2012

Moon Couture Skirt GiveAway

en3

woooooo..
berkibar kibar bagaikan layang layang di atas awan
cantikkkknyaaaa
berpinar pinar mata aku
segala keping bintang dan bulan berada di dalam mata
rasa nak pengsan pon hadoooo!

assallammualaikum..
hye semua
giveaway lagi
namun rasanya ni macam giveaway yang ohsem,ohsem,ohsem dan awesome sangat!seriously!cuba kau tengok skirt kat atas tu.hey1tipulah tak terpesona dek panahan lambaian skirt skirt yang berwarna warni bak pelangi itu.mau cairrrr aku dengan keindahan itu.rasanya terus nak pergi bank then transfer ke akaun owner MOON COUTURE!

DSC_0171-s

menawan kan!gorgeous pon ado!

hey2!kenal tak dengan MOON COUTURE?bohong la tau tahu.aku sure kompom perempuan perempuan jelita yang suka bergaya opkos tau pasal MOON COUTURE.for your information,MOON COUTURE salah satu butik online yang popular tau.ramai girlfriend girlfriend aku yang selalu purchase item kat sini.until today,memang aku tak pernah dengar la orang cakaf bad feedback kat butik ni.yang selalu aku dengar GOOD FEEDBACK sahaja!hah!terrrbaik bukan?hehe.dan sekarang diorang dah semakin terkenal dan meningkat berjaya kot.Moon Coutre telah produce design maxi and skirt jenama diaorang sendiri.kreatif kannn!

so now owner butik ni,Kak Noor bermurah hati nak buat gieaway yang super best ini untuk semua fan MOON COUTURE.syarat sangat sangat mudah.hadiah?pehhh!memang best gila!

FREE MOON COUTURE SKIRT & WANG TUNAI RM100 untuk 3-5 pemenang bertuah!



DSC_0131-s

fesyen up to date

semua fesyen2 kat sini memang cantik,menawan lagi tertawan.sangat sesuai semua para wanita yang sukakan fesyen up to date.segala apa jenis event sesuai.segala apa jenis warna kulit sesuai.segala apa jenis hati sesuai untuk terpikat dengan MOON COUTURE!serius!

apalagi jom join giveaway ni.atau BERSHOPING dengan Moon Couture,COMFIRM BERPUAS HATI.

maklumat lanjut:

"apa salahnya berbelanja lebih untuk sesuatu yang hasilnye berkualiti.:')"

tq Kak Noor,tq MOON COUTURE.hope perniagaan akak akan terus berjaya sebab sangat bermurah hati berkongsi rezeki dengan yang lain.:')


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

SEBELUM PERKAHWINAN


teaser.:')

sesuatu yang manis
abadi bersama


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 19 September 2012

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com

assalammualaikum

alhamdulillah
masih dikurniakan kehidupan yang indah
amboi
berhiperbola aku
hari ini aku berjalan lagi sebagai blogger tegar
sibuk mencari kawan kawan baru
sedang berjalan tiba tiba terpandang sesuatu yang agakk istimewa

"GIVEAWAY!"

maaf semua
aku memang kegilaan giveaway
tak putus putus mencari tuah
kali ini sertai lagi giveaway

klik banner untuk join

namun blogger ni bukan dari kalangan yang rosak
tetapi dari kalangan yang terbaik
kenapa?
sebab apa yang ikuti owner JIWA ROSAK antara blogger yang fofular
yes,aku tahu tentang blog ni dari kawan2 blogger yang lain
setiap entry dia memang yang terbaik dari yang terrrbaik
salute to abang Feroz.
so apabila dari kalangan yang terbaik
sure kompom apa jua yang dilakukan memang terbaik
giveaway ini turut terbaik!

mana tak terbaik mak jemah,cuba lihat.senarai hadiah tersangat sangatlah indah di mata dunia.memang meletopp!banyak gila okess sponser.semua semua sponser memang best2.hadiah wang tunai?pon ade jugekkk.tak masal masal ada peluang nak dapat hadiah tunai.oh!turut tak dilupai
memang teringin sangat sangat hadiah ni.DOMAIN.com!FUHHH!memang best!aku dah lama kot mengidamkan nak ada domain sendiri.sebab apa?

Saya nak domain .com percuma kerana sebagai blogger saya ingin mengembangkan lagi sayap saya untuk menjadi blogger yang dikenali ramai.bukan dengan cerita cerita kosong,namun cerita cerita yang dekat dengan jiwa semua lapisan masyarakat.sekaligus saya dapat mencari dengan lebih ramai lagi kawan kawan baru untuk merapatkan lagi tali persaudaraan 1 Malaysia sesama manusia.

senarai SPONSOR
AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
 -CeritaKini -
-  Diana Store -
Luna Lee -
MahaMahu -
Kampung Kameq - 
Si Pipi Merah - 
Leen Najib -
Muaz Faris -


seriously giveaway ni sangat sangat mencabar.sebab sponsor sangat ramai.hehehe.nak tahu kenapa?klik SINI.jom join sama sama.awesome!hadiah menarik!sponsor menarik!JIWA ROSAK memang menarik!

jom kawan2,sertai noris dan yang lain.

TQ ABANG FEROZ!^^


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Jumaat, 14 September 2012

KECANTIKAN DIWARISI TURUN TEMURUN

ibu saya yang cantik lagi menawan

"KECANTIKAN DIWARISI TURUN TEMURUN.."

amboi..da macam iklan Neelofa produk kecantikan keluarga pulak.haha.bukan bukan.gua bukan agen kecantikan.mahupun nak buat iklan kecantikan luar basa ala ala dr Romzey.saja saja.nak bagitau yang kecantikan itu anugerah Allah yang diwarisi dari turun temurun.betul.gua tak tipu.kalau semua nak cantik boleh ikut cara ibu gua.


cucu yang begitu menawan

ibu gua banyak cerita.biasalah orang tua.macam macam membebel.tapi semua berguna.jangan sibuk sangatlah nak buat pekak sangat telinga kalau ibu membebel.kang kena sumpahan ibu ,pekak betul betul baru tau.gua tak tanggung.mari belajar cara cara kecantikan ibu.

anak pon mewarisi kecantikan
*ehhh!gua ke tu.nak perasan kejap je.-.-

1.minum air masak bergelas gelas.ibu gua memang kurang minum air manis.semut kat uma aku memang susah nak dapat job.nak hurung apa,kalau dah ibu gua lebih ke arah air masak.

2.LOSYEN.hah!yang ni memang aku sarankan.kulit ibu gua memang lembut selembut bayi.tak caya?hari tu dah terbukti bila gua and ibu buat skin check up kat Clinique Butik.malu gua.kulit gua kering,kulit ibu cantik.=..=

3.makan ULAM.yang ini terbukti.nenek moyang gua memang ajo.nenek gua sampai sekarang tetap sexy.menrun ke ibu lantas menurun ke cucunya.hahaha.semua ulam aku bedal.kadan kadang sampai dah tak kenal mana ulam mana rumput.aku tibai je.

4.SAFI BALQIS.gua pakai!tapiii..bedak powder,deadorant and pencuci muka je.tak kuasaaaa mak jemah nak pakai semua creammm.malas sangaattttt!tetapi!itulah RAHSIA KECANTIKAN sebenar.ibu gua memang rajin.kalau nak diikutkan dah berbuih sabun mulut ibu sarankan kat gua.hampehhh.belum sampai seru.masa muda ibu pakai Safi Balqis Perfect 10,dah tua ibu pakai Safi Gold.

5.WUDU'.apa tu?kuih ke?kawan chinese aku tanya.jadi specchless gua.rasa nak tertanggal usuu besar ketawa.hahaha.step ni aku malas nak komen panjang.sembahyang 5 waktu adalah jawapannya.cara PALING MUJARAB!

6.SPENDER.orang orang tua kata,"lepas mandi,basuh spender.pastu raup kat muka 3 kali dgn selawat ke atas Nabi.insyaAllah."

aku:"ibu buat ke?eiiiiii.."
ibu:"buat la.buat apa nak geli.spender sendiri.jgn sibuk nak pakai spender orang.memang la geli."
aku:"hahaha.memang lerrr.."


ramai cakap ibu kakak gua.
muda lagi anggun
namun umur 46 tahun

MURAH tak cara kecantikan ibu gua?tak perlu nak pergi Sliw World.tak perlu nak pergi London Weight.tak payah beriya sangat nak beli produk mahal mahal macam Erra Fazira pakai.modal guna spender je.haha.ikutlah pemikiran masing masing.cantik itu subjektif.dah dianugerahkan tolonglah hargai.setakat cantik luaran baik tak payah kalau dalaman tak cantik.haruslah cantik kedua duanya.:')


peace yo!

gua kau abaikan.tak cantik mana.biasa biasa aja.kucing gua lagi cantik dan sexy.-_-
semoga kecantikan dalaman dan luaran akan terus diwarisi keturunanku zaman berzaman dengan kurniaan Allah S.W.T.


TUAN CANTIK,KUCING PON CANTIK.:")



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~