Sabtu, 31 Disember 2011

LEGOLAND AND HELLO KITTY TOWN DI JB COMING SOON!

assalammualaikum...
hai sayang hai manja.
hari ini aku teruja nak cerita tentang Joho lagi.
semakin maju Malaysia semakin maju negeriku Johor.
*eh,dah macam hipotesis subjek sains pulak.=..=
kalau hari itu aku cerita tentang Johor Premium Outlet
yang meriahnya sampai aku tak tahu nak cakap.
hari ini aku mau cerita tentang tempat yang bakal di datangi oleh seluruh umat manusia.
aku dah dapat rasa kemeriahannya.
mesti ramai gila nak mam***
aku dah dapat rasa kehangatannya
walaupun semua tempat ni sedang dalam operasi lagi.-,-

40% dah siap!

ye sayang sayang semua!!
setahu aku legoland memang ada,
tapi bukan di Malaysia.
nun ha....jauh kat seberang laut,Jerman,California,Florida.
kau jangan sangka Jenab!
jaman dulu dulu time kau hingus keluar meleley,
kau dapat beli la kalau ayah engko ada bonus gaji.
woooo...zaman dulu dulu mahal oii lego.
bia dah dapat,semua bentuk nak di binanya.
dan aku penah kene penampar selaju sepakan Khairul Fahmi Che Mat khas dari ibu
sebab aku masukkan lego dalam mulut adik ku yang ketika itu berumur 8 bulan.=..'=
namun sekarang,Taman Lego kau dapat pergi.
bukan setakat budak kecik,kau yang dah beso panjang pon boleh
main la kau puas puas.


at Medini,Nusajaya JB.


Taman Tema Legoland ini di jangka buka pada hujung bulan 12
kat legoland ada 7 destinasi menarik
Beginning,Miniland,Castle,XTreme,Imigination,Adventure and Town.
dalam destinasi2 ni pulak ada 40 pusat menarik.
eh sayang!
memang kompom la aku nak pergi kan.
aku dah sediakan bateri kemera banyak banyak
memang penat la cik naz nak melayan aku yang dah jadi kanak kanak kembali.


di atas tentang Legoland.
di bawah ini tentang Bandar Hello Kitty!

at Puteri Harbour,JB.

yes!!satu lagi tempat yang bakal aku habiskan masa.haha.
actually taman tema ni dah 80% siap.
di jangkakan di buka pada October 2012.
humangaih........tak sabar den nak tunggu ha!
dahlah Puteri Harbour tempatnya sangat sangat cantik.
ni nak buat pulak Taman Tema Keluarga Dalam Bangunan.
walaupun aku bukan peminat Hello Kitty,
namun yang membuatkan aku terujan nak pergi sebab ade karektor kartun kartun lain jugak.
seperti Thomas and Friends,Friendly Dinasour,Bob The Builder,Pingu The Pinguin,Angelina Ballerina.
*yang palig aku suka PINGU!
comel dohhh!walaupun aku tak paham dia cakap apa.^^


kesimpulannya aku memang nak pergi ke dua dua taman tema ni.
awal awal dah pujuk cik naz nak pergi.hehehe.
mahal ke murah ke masuk nak pergi jugak!:')
popular la Joho lepas ni.
yok kawan kawan join Johorian memeriahkan Logoland dan Hello Kitty Town!



kenapa tak ada Domokun Town.:(



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

0 KENTANG TERGOLEK2 NAK BERCAKAP: