Rabu, 18 Januari 2012

SELAMAT BERJUANG SAYANG..

18hb januari 2012,Rabu.
2.04pm

hanya doa mampu aku kirimkan dari jauh sayang.
sebelum tidur dan juga setiap kali selepas tunaikan 5 waktu.
aku mahu kau kembali dalam keadaan sihat.
aku mahu kau kembali dengan hati yang bersih.
aku mahu kau kembali dengan ilmu di dada.
aku mahu kau pulang dengan iman di hati.

"insyaAllah"

kau membalasku.

seperti mereka kau bakal menjadi.
dulu sewaktu aku masih kecil.
aku sentiasa berangan sebelum tidur.
ingin bersuamikan seorang lelaki yang memakai pakaian khas.
benar kata orang orang tua
doa seorang anak kecil mudah di makbulkan Tuhan.
alhamdulillah
kalau jodoh kita di panjangkan dan di restui Allah.:')


kejauhan jarak antara kita
membataskan segalanya
kalau dulu aku yang sering mengejutkan kau bangun subuh.
kini tiada lagi
kalau dulu kau yang selalu menaip nomborku untuk bertanyakan soal makan.
kini tiada lagi
kalau dulu aku sanggup meminjam rm2 dari maxis untuk memberitahu aku sudah berangkat ke kelas melalui pesanan ringkas.
kini tiada lagi
kalau dulu kau selalu memberi aku bebelan percuma melalui panggilan video kerana pulang lambat.
kini tiada lagi
kalau dulu aku sering menanyakan pendapat tentang pakaian baru melalui pesanan bergambar.
kini tiada lagi

semuanya berubah untuk jangka masa 180 hari.

ini sahaja sebagai pengganti diri
sekeping kad bertemankan seekor kucing
juga sebuah bingkai gambar bersama burung belatuk
mungkin mereka berdua boleh menjagamu untuk diriku sayang.
ah!aku merepek lagi.
kerana rindu sedang memenuhi ruang kepala.


kau hanya memberikan satu ayat yang membuatkan aku lega..

"sayang,jaga diri baik baik.tunggu abang."

pasti.
aku hanya membalas dengan senyuman.
kau melambaikan tangan menandakan kau harus pergi
aku juga melakukan sedemikian.
kau berpaling,aku berpaling.
aku tidak mahu memandang ke belakang lagi
kerana pasti air jernih akan jatuh ke pipi.



tiada yang lain lagi
hati sudah tertutup untuk lelaki selain kamu
pasti
setia aku menunggu
i'll be waiting for you.


yang benar,
sayang.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

6 KENTANG TERGOLEK2 NAK BERCAKAP:

Tanpa Nama berkata... BALAS

meremang mak bace <3 , haha , ye syg , mesti abg mu itu pandai jage diri kat sane , :P

uMmI NuR aIn berkata... BALAS

nana...tak baik la.....kite doakan cik naz tk dihantar ke afganistan plak....hihi...

queen`s heart berkata... BALAS

ngahhhhhh sedih nya baca coretan angah ni... menitik juga airmata ku... huhuhu semoga ngah ngan kung tabah je hadapi ni.. ni tuk kebaikan korang jugakan.. along tahu kung tetap ngan angah n begitu juga angah.... sabar ye sayang.....

noyis gila kentang~~ berkata... BALAS

akak!!haha.jangan la kak..xmau doa macam 2..doala yang elok2.hehe

noyis gila kentang~~ berkata... BALAS

heheh.nana ni..macam ni je cara nk luah nana.nk luah kat kawan2 malu.heheh

noyis gila kentang~~ berkata... BALAS

amin...mekasih long..harap macam 2 la sampai akhir hayat.mampu berdoa je sekarang.kuatkan hati walaupun hari hari rindu kat dia.hehehehe.