Isnin, 21 Mei 2012

AKU JIWA KOSONG


tibai sana
tibai sini
pilihan sana pilihan sana
ye,betul itu semua hak aku
juga untuk semua
tetapi tidak boleh ke di lakukan dengan damai?
apa salah aku?
apa salah aku menjadi yang tengah
biarlah apa orang nak kata
tetapi kepala otak aku dah 'mati'
mati dengan permainan manusia manusia yang sentiasa ingin menang ini
sampai aku menjadi buntu
mana yang salah 
mana yang betul
biarlah Tuhan yang menentukan segalanya
aku bukan tidak berguna
tetapi aku sudah penat
jangan bertanya kenapa
JIWA AKU KOSONG

luahan hati seorang penaip papan kekunci 




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Ahad, 20 Mei 2012

WALIMATUL URUS I JULAI 2012

assalammualaikum
semakin hari semakin dewasa
lumrah kehidupan manusia
begitu juga terjadi kepada aku
juga mereka,kawan kesayangan
apabila sudah meningkat dewasa
pelbagai yang di fikirkan
antaranya sesuatu yang lebih bahagia
iaitu memiliki sebuah keluarga
 dan ianya akan terjadi pada tahun ini insyaAllah


cerita ni actually minggu lepas punya cerita.namun hari ini baru ada kelapangan nak bercerita
tahun ni tahun terakhir aku kat KL.lepas habis belajar harus menetap di JB.
untuk hari2 terakhir nana datang ke kolej untuk meluangkan bersama..haaa...thanks sayang.:)


bila dah datang ke sini
memang tak sah kalau tak berjalan
banyak masa terluang untuk bergelak ketawa


macam macam yang di borakkan
tentang itu tentang ini
kawan kawan semua dah dewasa
ramai dah mengakhirkan masa bujang
aku bakal
kau bile lagi nana??

nana:"aku belum ada pasangan lagi la."

terang lagi bersuluh.
boleh ngorat!


aku dah tak kisah muka yang macam mana
comel ke
tak comel ke
asalkan aku menjadi aku sendiri
sebab yang aku tahu
aku memang comel.
fufufufufuufufufuufuf~~


banggggg!!!
you are out!

pagi sabtu bangun
mandi di bilik air Mahsa
pakai baju seed
pakai minyak wangi silky girl
sarung sandle dr cardin
naik bas 12
terus naik monorail
ke Jalan Imbi
jumpa bakal pengantin pertama




inilah rupa pengantin pertama
baju kaler pink
aku tidak tahu
sumpah!
mengapa Yan berposing sebegitu rupa
hahaha



aku memang pantang jumpa tiang lampu
suka bergambar
ala ala kat luar negara
namun dalam Time Square je
banyak dah yang berubah
TS semakin maju



aktiviti paling seronok
pergi ke sana bukan setakat nak ambil kad jemputan
juga untuk teman Yan membeli baju untuk Nursing Dinner
tema:Retro
dalam kesibukan beliau memlilih baju
inilah kerja aku dan Nana
take photo!take photo!
daebak!


perut sudah di isi sebelum jumpa yann
dengan santapan McD Lunch
namun baik si hati bakal pengantin
sekali lagi mempelawa kami
hey!hey!
nak belanja!
rezeki jangan di tolak


sebelum makanan sampai inilah kerjanya
ini je waktu yang ada
untuk mengeluarkan segela perangai anak dara yang bengong
lepas ni yan dah bersuami.:)



ermmm
kenapa posing aku begini
dah macam avatar aku tengok.=.=


pretend to be cute
but i failed!



penaja makanan pada hari ini
thanks sayanggggg!!^_^




seriously
3 layer tea ni memang sedap gile!
yan and nana pulak order cendol
pon sedap jugakkk!!!
next time datang cini nak minum lagi
memang buat aku terbayang bayang..
harharharharhar~~~



that it our lunch for today.
sedap sekali!
mahu nya tak sedap.
orang belanja
hahahha



aku dah tak larat nak makan sebenarnya
2 yang aku order  kuew tiaw ni
aku dah lupa nama makanan nya
tapi boleh tahan
sedap!
itupun bertahun aku nak habis makan!


realy will miss them
lepas ni tak ada dah masa macam ni
lepak sama
mkan sama
masing masing akan berumah tangga
insyaAllah
sampai bila bila aku tak akan lupakan korang
jumpa ye nanti bulan enam!:")

eziyan 6
noyis 12
syazana 2



walimatus urus

NOOR EZIYAN SYAZWANI <3 MOHD NURHANNAN
Ahad 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433
SELAMAT PENGANTIN BARU SYG!


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Sabtu, 19 Mei 2012

AKU BERSYUKUR PUNYA YANG SEMPURNA..

aku bersyukur..
bersyukur kerna punya yang sempurna
namun aku tidak terlalu mengejar kesempurnaan nya
yang aku mahu cuma 'dia'
selembar kasih
dan seluas sayang
3 tahun menyulam cinta
cukup sudah aku merasa bahagia nya





seperti sang arjuna ini
terlalu manis jika di ingat
cara dia tertawa
cara dia menelan makanan
cara dia menaip mesej
cara dia memasukkan kunci di dalam car lock
cukup menambat hati perempuan aku
sayang...
aku tidak meminta lebih
terima kasih sayang




kucupan seorang lelaki kepada sang wanita
mungkin ini saat yang paling indah bagi semua pasangan
pasti aku mahukannya
naluri manusia
tetapi aku belum sampai ke tahap itu
tunggu lah
bila dia sudah menjadi yang halal buat ku
setiap hari setiap masa
akan ku kucup tangannya
akan dia kucup dahiku
sebagai pahala di akhirat kelak


takut untuk aku melalui masa yang singkat untuk ke alam itu
mungkin banyak perkara yang boleh kita lakukan
tetapi banyak juga perkara yang boleh terjadi
aku sentiasa titipkan doa untuk hubungan ini
di setiap Lima ku.
kerana impian ku yang terbesar adalah kebahagiaan yang kekal
bersama engkau yang aku sayangi





di sekeliling ku sayang
terdapat banyak halangan cinta
cerita cinta yang tidak kesampaian juga
tetapi aku tidak mahukan itu
dulu semasa aku di alam pra matang
aku sentiasa mahukan engkau menjadi lebih dari orang lain
aku cemburu  apabila engkau tidak seperti mereka
tidak membelikan aku beruang sebesar aku
tidak banjirkan aku dengan wang
tidak membenarkan aku lewat pulang selepas matahari terbenam
tidak memanjakan aku dengan kata kata ku
selepas aku bercinta dengan diri mu
baru aku tahu semua yang engkau lakukan adalah satu
kerana engkau sangat menyintai diriku




aku tahu
sudah tertulis di atas
aku dan engkau bersama
insyAllah
sejauh mana kita berlari
sejauh mana kita terpisah
jodoh kita tetap bersama
terima kasih sayang
dalam masa yang singkat kau berjaya membuat aku jatuh cinta kepada diri mu
engkau sudah menjadi diriku
aku sudah menjadi dirimu
kita satu


bila lelaki dah turunkan ego dia demi seorang perempuan, ketahuilah bahawa dia sangat sayangkan perempuan itu. dan jangan pula dah diturunkan egonya, perempuan pijak kepala. ini mungkin yang terakhir kali dia turunkan egonya.
- zulhilmidin,2012.



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Jumaat, 18 Mei 2012

pembuka bicara hati

teaser

bakal menyusul cerita
tentang jemputan ijab kabul
kesibukan
tunggu sayang


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Khamis, 17 Mei 2012

MARRYBROWN SEKARANG MANTOP!!

assalammualaikum
sekarang di Malaysia
sangat sangat sangat banyak fastfood
subway
kfc
mcdonald
subway
pizza hut
kenny rogers
A@W
marrybrown

aha!adakah wujudan lagi Marrybrown?
zaman zaman aku kecik dulu adalah
hey!hey!ada lagi bhaiiii....
dah ada yang baru,yang lama memang tak pandang lagi
lumrah manusia
macam 2 jua la marrybrown punya nasib.


tetapi aku bukan dari spesies itu
aku masih ingat
dan bagi menambah ingatan bagaimana rasa Marrybrown
aku cuba bagi tahun ini



perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku.
"sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!"

serius!
zaman 1996 dulu kali terakhir aku makan Marrybrown
hahahhah
gila ketinggalan aku
belas tahun yang lalu tiba tiba tahun ni dapat
peh!!!Marrybrown dah berubah
100%!

bubur ni jangan cakap la.
sedap gila!
aku tak tau la ke mungkin aku nga lapo masa ni
hahah
ohsem!



menatang nama kentang ni memang kegilaan aku
lagi lagi tima baru beli
sedang panas panas kuo asap kan
peh!!!!marvelous!
seriussss!!
dah la smiley comellll!!


opkos!
SOMETHING DIFFERENT
setuju with new trademark of MB
packing for take away pon comel!
hahah

.noktah.



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 16 Mei 2012

GARY RUNNING MAN DATANG MALAYSIA!


salam
hai semua!!
masih tidak percaya
tapi inilah realitinya
tak payah nak cerita panjang
aku tau korang semua tahu pasal RUNNING MAN!
siapa yang tak tahu bole jadi warganegara Afrika Selatan.
so ini cerita pasal Gary datang Malaysia!
pada mulanya aku pon tak percaya
sebab selalu je ada humour mengetakan sebegitu rupa
namun ianya terbukti apabila aku nampak Gary@Kang Gary

|-_-|

terima kasih Gary
sebab sudi meluangkan masa dengan peminat.;')
enjoy the picture.

















senior Gary.


susah susah je datang Malaysia
rupanya Gary terkenal kat Malaysia
asam kulit limau
sama kannn!!!
hahahhahahah


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Selasa, 15 Mei 2012

MELAKA bersepah manusia

asssalammualaikum
hari ini
sepatutnya
sekarang aku di dalam exam hall
mengadap sekeping kertas sambil memegang pensil sebagai perisai
namun di sebabkan kesalahan teknikal
giliran aku mengambil peperiksaan tukar ke waktu petang
amboi!marahnya aku!
habis terkorban waktu tidur yang menawan itu!huh!

sudah!
kembali kepada mood tenang
ingin bercerita
cerita yang hampir berkarat
yang bertarikh 1 mei namun baru hari ini berkesempatan
maafkan saya.




1 mei.

kemana hendak pergi
ke mana hendak tuju
naik kereta pergi sarapan terus naik highway
tak merancang
itulah kami
hanya ikut gerak tayar kereta.


nasib baik driver hensem
so seronok di sepanjang perjalanan
hahahahha.



sesampai je diri aku dan si ensem di Melaka
peh!seriusss!
da macam sardin cap Botan!
ramai gila makhluk Tuhan!
orang tua kata kalau jalan memang berlaga laga bontot da
apa ni,tak ada tempat lain ke korang nak holiday.
hahahhah


STATION KOPITIAM

cari park jangan tanya berapa jam
memang aku nak kasi pelempang
1 jam 1/2 aku ukur jalan Melaka
baruuuuuu dapat car park.=..'=
sampai berlapo bagai
si ensem da mencuka sebab kelaparan
terus naik DP cari kopitiam
lapoooooooooooooooooooooo.....


oke
muka da kembali normal
kalau idok dah serupa incredible hulk
hahahha


aku steady
bergelak ketawa je sepanjang perjalanan
pandai si ensem buat lawak menghiburkan beta si puteri ayu.
haha


nice.:')

habis mencekik harus meneruskan perjalanan
tak sah la kan kalau tak masuk Padini
tak payah jemput pon aku nak masuk.



keinginan setinggi langit nak naik menara Taming Sari
tak mengapa sayang
kali ini patik realisasikan keninginan tuan hamba itu
suka?
hahaha.


pemandangan dari atas
nice view kan.:)



gembiranya awak!
hahaha



oohh sangat tidak seimbang badan
tapi pura pura tak takut
sebeb beriya nak ambil gambar berdiri
tinggi jugakkkkkk...


ini wajib.:D



wohoooooooo
semua i nampak you
segalanya
tengok
betapa keciknya negeri Melaka



bahtera Melaka.


penat sehari berjalan
macam macam tempat aku singgah
tapi ini sahaja gambar yg sempat snap
salah satunya di kota A Famosa




letih si ensem nak melayan haku
posing sana posing sini
hahah
maafkan saya
saya memang begini



haruslah bergambar dengan meriam jika dah sampai ke Melaka
cantik tuhhhhh
peninggalan zaman dulu kala beb
kau ado??


totally happy
walaupun banyak kali dah sampai MElaka
namun tidak bosan.heeeee
dan tidak di lupakan
hari menuntut hadiah
hahah
terima kasih sayang
sama sama sayang


from noris to nazri
silver 925



from nazri to noyis
Dr Cardin.

terima kasih sayang for the nice journey.:')



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~