Jumaat, 25 Mei 2012

1st GiveAway by Nabila Medan


assalammualaikum
mood:join contest
 1st GIVEAWAY BY NADIA MEDAN
hadiah sangat ohsem!!
sangat menarik minat aku untuk join!

Lomo Camera  Untuk Seorang
Shawl → Untuk 2 Orang
Cute Keychain , Bear  Untuk 2 Orang
Cute Keychain , HelloKitty Face  Untuk 2 Orang
Cute Clip  Untuk 3 Orang
Simple Header  Untuk 2 Orang
Edit Full Blog  Untuk Seorang
Bloglist Selama Sebulan  Untuk 4 Orang
Special Doodle *yg ditempah*  Untuk 3 Orang

best kannn!
apa tunggu lagi
jom join sebelum 31 mei
syarat GA sangat mudah
noyis mahu tag mereka:


GOOD LUCK ALL AND ALSO ME TOO..^^




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Khamis, 24 Mei 2012

FIRST GIVEAWAY CIK JAJIKA


klik banner untuk JOIN.

FIRST GIVEAWAY BY CIK JAJIKA
mari kawan kawan join
hadiah menarik
sebab aku suka kumpul tudung
lalalalalalalalalala~~
senarai hadiah

Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 

Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang)

Set C : Topup RM15

best bukan!
harap harap terpilih dari randomly choose.
apa tunggu lagi
mari memeriahkan lagi majlis





sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 23 Mei 2012

10 FAKTA PENTING TENTANG ORANG CANTIK MACAM KAU!


that real kan!
SUDAH!
JANGAN SENYUM SORANG SORANG.
hahahahah




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Selasa, 22 Mei 2012

JANGAN DI BUANG ORANG TUA ITU..

anak:"emak...dah tiba masanya saya balas segala jasa mak"

emak:"alhamdulillah..bagusnya anak emak.apa yang kau ingin lakukan anakku?"

anak:"kalau dulu emak sanggup berhabis duit menghantar saya masukkan saya ke sekolah berasrama penuh,saya juga ingin melakukan begitu."

emak:"apa yang engkau maksudkan?"

anak:"saya mahu masukkan emak ke 'asrama penuh juga'.Rumah Orang-orang Tua Cahaya."

emak:"sampai hati engkau.kenapa emak di balas begitu?"

anak:"sebab emak dah NYANYUK!menyusahkan hidup saya!"

.....................................................................................


kejam!
sangat kejam manusia yang bernama anak jika sekian rupa
sepuluh jari yang menantang si anak dari kecil
apabila dewasa itu balasannya.
comfirm,neraka rumah ke dua!

sebelum semua itu terjadi
mari membanteras!
perlu di mulakan dari awal
pendidikan tentang warga tua harus
semakin tua manusia semakin rendah immuniti badan
jadi aku dan kawan kawan telah menghadirkan diri di Alzheimer Talk.



di antara warga warga tua yang menghadiri.haha





warga muda yang hadir.

firstly sangat sedih sebab warga muda tak ramai yang hadir
hanya student nurse sahaja
kalau tidak kerana keterpaksaan
memang tak nampak batang hidung


konon rajin.=.=

Alzheimer bermaksud bentuk dementia progresif yang berlaku pada pertengahan umur.
dari segi bahasa rojak:nyayuk.

di sini aku nak menegaskan kita sendiri sebagai yang sihat kena paham dengan sebaiknya apa yang di maksudkn dengan Alzheimer.setelah di kaji ,penyakit ini juga di sebabkan kekurangan sejenis bahan chemical yang di kenali sebagai acethycholine di reseptor aynapse.berkait dengan chemical,bermakna penyakit boleh di bawa di dalam genetik.





kalau berkaitan dengan genetik
ini bermaksud penyakit keturunan
eh sayang
janganlah kau buang buang orang tua yang berpenyakit Alzheimer
apa salah mereka
dalam badan engkau ada genetik beliau
maka,engkau juga berisiko BESAR ada penyakit yang sama
apa yang engkau lakukan kepada emak sekarang
turut akan di balas cash oleh Allah bila kau tua kelak




fuhhhhh!!
panjang lebar kan aku membebel
geram.
sekarang ni dunia semakin huru hara
bukan setakat kes buang bayi meningkat
KES BUANG MAK AYAH PON MAKINNN MENINGKAT
tak paham aku dengan manusia sekarang
tak ingat dosa pahala dah
buang orang suka hati macam buang sampul gula gula




alhamdulilah..
nasib baik aku dapat ilmu tentang Alzheimer
interesting sangat
penceramah terbaik.
hidangan makanan terbaik.
venue terbaik.
sampai tak cukup kerusi tetamu nak duduk



walaupun mengantuk
aku gagah kan jua
session pertama rajin menulis
session ke dua after makan mee hoon sepinggan
gini lah jadinya
buku di tutup
pen di kepit
kertas di selit
hahahahahaha.




antara antara muka yang steady
*wawa tak ada.g kursus kahwin.
SELAMAT PENGANTIN BARU SYG!hahah

samapai di sini sahaja
penat dah mulut aku membebel
semoga semua dapat ilmu walaupun sedikit
ingat pesan aku

"JANGAN DI BUANG ORANG TUA ITU"



sesi paling seronok.
soal jawab
sampai terlopong mulut kawan.
hahahahha



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Isnin, 21 Mei 2012

AKU JIWA KOSONG


tibai sana
tibai sini
pilihan sana pilihan sana
ye,betul itu semua hak aku
juga untuk semua
tetapi tidak boleh ke di lakukan dengan damai?
apa salah aku?
apa salah aku menjadi yang tengah
biarlah apa orang nak kata
tetapi kepala otak aku dah 'mati'
mati dengan permainan manusia manusia yang sentiasa ingin menang ini
sampai aku menjadi buntu
mana yang salah 
mana yang betul
biarlah Tuhan yang menentukan segalanya
aku bukan tidak berguna
tetapi aku sudah penat
jangan bertanya kenapa
JIWA AKU KOSONG

luahan hati seorang penaip papan kekunci 




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Ahad, 20 Mei 2012

WALIMATUL URUS I JULAI 2012

assalammualaikum
semakin hari semakin dewasa
lumrah kehidupan manusia
begitu juga terjadi kepada aku
juga mereka,kawan kesayangan
apabila sudah meningkat dewasa
pelbagai yang di fikirkan
antaranya sesuatu yang lebih bahagia
iaitu memiliki sebuah keluarga
 dan ianya akan terjadi pada tahun ini insyaAllah


cerita ni actually minggu lepas punya cerita.namun hari ini baru ada kelapangan nak bercerita
tahun ni tahun terakhir aku kat KL.lepas habis belajar harus menetap di JB.
untuk hari2 terakhir nana datang ke kolej untuk meluangkan bersama..haaa...thanks sayang.:)


bila dah datang ke sini
memang tak sah kalau tak berjalan
banyak masa terluang untuk bergelak ketawa


macam macam yang di borakkan
tentang itu tentang ini
kawan kawan semua dah dewasa
ramai dah mengakhirkan masa bujang
aku bakal
kau bile lagi nana??

nana:"aku belum ada pasangan lagi la."

terang lagi bersuluh.
boleh ngorat!


aku dah tak kisah muka yang macam mana
comel ke
tak comel ke
asalkan aku menjadi aku sendiri
sebab yang aku tahu
aku memang comel.
fufufufufuufufufuufuf~~


banggggg!!!
you are out!

pagi sabtu bangun
mandi di bilik air Mahsa
pakai baju seed
pakai minyak wangi silky girl
sarung sandle dr cardin
naik bas 12
terus naik monorail
ke Jalan Imbi
jumpa bakal pengantin pertama




inilah rupa pengantin pertama
baju kaler pink
aku tidak tahu
sumpah!
mengapa Yan berposing sebegitu rupa
hahaha



aku memang pantang jumpa tiang lampu
suka bergambar
ala ala kat luar negara
namun dalam Time Square je
banyak dah yang berubah
TS semakin maju



aktiviti paling seronok
pergi ke sana bukan setakat nak ambil kad jemputan
juga untuk teman Yan membeli baju untuk Nursing Dinner
tema:Retro
dalam kesibukan beliau memlilih baju
inilah kerja aku dan Nana
take photo!take photo!
daebak!


perut sudah di isi sebelum jumpa yann
dengan santapan McD Lunch
namun baik si hati bakal pengantin
sekali lagi mempelawa kami
hey!hey!
nak belanja!
rezeki jangan di tolak


sebelum makanan sampai inilah kerjanya
ini je waktu yang ada
untuk mengeluarkan segela perangai anak dara yang bengong
lepas ni yan dah bersuami.:)



ermmm
kenapa posing aku begini
dah macam avatar aku tengok.=.=


pretend to be cute
but i failed!



penaja makanan pada hari ini
thanks sayanggggg!!^_^




seriously
3 layer tea ni memang sedap gile!
yan and nana pulak order cendol
pon sedap jugakkk!!!
next time datang cini nak minum lagi
memang buat aku terbayang bayang..
harharharharhar~~~



that it our lunch for today.
sedap sekali!
mahu nya tak sedap.
orang belanja
hahahha



aku dah tak larat nak makan sebenarnya
2 yang aku order  kuew tiaw ni
aku dah lupa nama makanan nya
tapi boleh tahan
sedap!
itupun bertahun aku nak habis makan!


realy will miss them
lepas ni tak ada dah masa macam ni
lepak sama
mkan sama
masing masing akan berumah tangga
insyaAllah
sampai bila bila aku tak akan lupakan korang
jumpa ye nanti bulan enam!:")

eziyan 6
noyis 12
syazana 2



walimatus urus

NOOR EZIYAN SYAZWANI <3 MOHD NURHANNAN
Ahad 1 Julai 2012 bersamaan 11 Syaaban 1433
SELAMAT PENGANTIN BARU SYG!


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Sabtu, 19 Mei 2012

AKU BERSYUKUR PUNYA YANG SEMPURNA..

aku bersyukur..
bersyukur kerna punya yang sempurna
namun aku tidak terlalu mengejar kesempurnaan nya
yang aku mahu cuma 'dia'
selembar kasih
dan seluas sayang
3 tahun menyulam cinta
cukup sudah aku merasa bahagia nya





seperti sang arjuna ini
terlalu manis jika di ingat
cara dia tertawa
cara dia menelan makanan
cara dia menaip mesej
cara dia memasukkan kunci di dalam car lock
cukup menambat hati perempuan aku
sayang...
aku tidak meminta lebih
terima kasih sayang




kucupan seorang lelaki kepada sang wanita
mungkin ini saat yang paling indah bagi semua pasangan
pasti aku mahukannya
naluri manusia
tetapi aku belum sampai ke tahap itu
tunggu lah
bila dia sudah menjadi yang halal buat ku
setiap hari setiap masa
akan ku kucup tangannya
akan dia kucup dahiku
sebagai pahala di akhirat kelak


takut untuk aku melalui masa yang singkat untuk ke alam itu
mungkin banyak perkara yang boleh kita lakukan
tetapi banyak juga perkara yang boleh terjadi
aku sentiasa titipkan doa untuk hubungan ini
di setiap Lima ku.
kerana impian ku yang terbesar adalah kebahagiaan yang kekal
bersama engkau yang aku sayangi





di sekeliling ku sayang
terdapat banyak halangan cinta
cerita cinta yang tidak kesampaian juga
tetapi aku tidak mahukan itu
dulu semasa aku di alam pra matang
aku sentiasa mahukan engkau menjadi lebih dari orang lain
aku cemburu  apabila engkau tidak seperti mereka
tidak membelikan aku beruang sebesar aku
tidak banjirkan aku dengan wang
tidak membenarkan aku lewat pulang selepas matahari terbenam
tidak memanjakan aku dengan kata kata ku
selepas aku bercinta dengan diri mu
baru aku tahu semua yang engkau lakukan adalah satu
kerana engkau sangat menyintai diriku




aku tahu
sudah tertulis di atas
aku dan engkau bersama
insyAllah
sejauh mana kita berlari
sejauh mana kita terpisah
jodoh kita tetap bersama
terima kasih sayang
dalam masa yang singkat kau berjaya membuat aku jatuh cinta kepada diri mu
engkau sudah menjadi diriku
aku sudah menjadi dirimu
kita satu


bila lelaki dah turunkan ego dia demi seorang perempuan, ketahuilah bahawa dia sangat sayangkan perempuan itu. dan jangan pula dah diturunkan egonya, perempuan pijak kepala. ini mungkin yang terakhir kali dia turunkan egonya.
- zulhilmidin,2012.



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~