Jumaat, 27 Januari 2012

RUPA AKU BILA DAH TUA KELAK..


TUA

satu perkataan yang di takuti oleh semua orang perempuan.
tapi bagi aku ia adalah seronok.
masa itulah kita hanya berehat di rumah
goyang kaki tak perlu kerja lebih lebih
hanya tunggu duit bulanan dari anak anak.
insyaAllah.
hahahah.tinggi sungguh harapan ku apabila tua kelak
dan sekarang aku terpikir jauh
bagaimana agaknya rupa ku ketika tua kelak??

kalau masih muda seperti ini,TUA macam mana?



adakah comel seperti nenek ini?


adakah sopan santun anggun seperti nenek ini?



ataupun seksi gorgeous selebet seperti nenek tua ini?



sangan curious tentang itu
harap aku dapat menjadi seperti diriku sendiri
comel manis sopan.
namun aku masih CINTA gila kat partner aku ni
walaupun dah tua
dia still HENSEM segak bergaya!!
wa caya a sama lu!!


ohsem kan mamat AARON ni!!!:D




sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Khamis, 26 Januari 2012

PERHATIAN KEPADA PENJUAL KUIH DAN PISANG GORENG.


SALAM SATU MALAYSIA
perhatian semua!!!
especially to all peniaga pisang goreng dan penjual kuih muih
yang berada di Malaysia
mahupun mengerjakan part time di overseas
actually berita ini sudah tersebar di Facebook
tetapi aku ingin menyebarkannya semula atas permintaan pengeluar TEPUNG CAP SAUH.

tahukah anda bahawa satu berita yang telah di gembar gemburkan di facebook berbunyi seperti ini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tepung cap sauh,tepung cap kunci,minyak masak seri murni dan roti massimo.


aha!
aku jugak pada mulanya terperanjat beruk
terus menyelusup masuk dapur mahu membuang tepung yang penuh dalam tupperware
namun di tegah oleh ibu dengan satu pekikan yang kuat!
lalu aku menyimpan hasrat untuk membuang tepung dan minyak tersebut.
aku menerangkan situasi sebenar kepada ibu.
lalu ibu membuat muka seposennya.

"realy!!what's going on baby!!"


namun dengan tenang aku menunjukkan bukti.
tetapi!!!!
setelah aku refresh wall facebook ku.
aku telah sekali lagi terperanjat di selangi senyum selebar mungkin kerana!
kesangsian rakyat Malaysia telah terjawab dengan jawapan JAKIM Malaysia.


terrrbaikk.
sekarang tak ragu ragu lagi da
cuma harus lebih berhati hati
mungkin tu semua itu politik punya kerja
biasa la manusia
masing masing tak nak mengalah
kita sebagal rakyat yang terima balasan
hanya mampu buka mulut dan terima.
lumrah dunia.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 25 Januari 2012

MAK...KAIN JATUH.TAK SAMPAI NAK AMIK!!


MAK...KAIN JATUH.TAK SAMPAI NAK AMIK!!

aha!!selalu kau jumpa ayat ini kat mana
tentu sekali kat orang yang duduk kat flat kan.
kami ada cara nak mengatasinya!!
hanya bermodalkan sebuah hampas gas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
please kid!!dont try this at home!



genius tak!!
bole jimat duit
tak payah nak beli baju setiap bulan.:')


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Selasa, 24 Januari 2012

CARA TERBAIK NAK LULUS EXAM.


totally speechless
you are fucking genius.
diorang kata,bukan aku kata.
siapa bangan boleh ikut
siapa bijak abaikan.



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Isnin, 23 Januari 2012

ORANG JOHO SINONIM DENGAN KENDURI.

assalammualaikum semua...

hariini dan bukan hari esok.aku nak berkongsi lagi cerita tentang keeistimewaan orang Joho.Kalo ko sebut je JOHOR,memang tak sah laa klo tak di sinonimkan dengan KENDURI.lalu ianya termasuk dengan keluarga aku.aku tak tahu kenapa dan mengapa sebab dari kecik memang aku di lahirkan begini.hahaha

mungkin kerana kebanyakkan orang Joho dari golongan sederhana.atas sebab ini mungkin orang Joho lebih suka melahirkan rasa kesyukuran dengan menjamu orang ramai makan.tak kisah la dalam perkara apa pon.lahir baby baru buat kenduri,anak dapat kerja kerajaan buat kenduri,dapat naik gaji beratus ribu buat kenduri,dapat bonus rm500 buat kenduri,anak dapat result SPM 8a buat kenduri.yang seronoknnya time kenduri ni semua saudara mara boleh berkumpul dan yang paling penting dapat bergelak ketawa sampai pecah perot.kau tengok,betapa pemurahnya orang Joho ni.cuma malas je aku nak cerita.hahaha.


lalu pada hari sabtu semalam,sekali lagi keluarga besar aku telah berkumpul beramai bagi meraikan satu kenduri kesyukuran anak pak cik aku.

gotong royong itu penting.mampu mengeratkan hubungan.


dari generasi muda sampai ke generasi atuk nenek.

actually anak pakcik aku dengan jayanya telah mendapat keputusan 8a dalam PMR.tu yang pak cik aku buat kenduri.aku memang la suka bab2 kenduri ni.lagi lagi bab makan.2 yang superb!!haha


ibu ku yang steady cun walaupun tengah memasak.:')


yang berbaju putih 2 la pak cik aku.
yang baju oren mak cik aku.
yang baju itam ibu aku.
mereka adik beradik
jangan pelik kalau muka diorang sepesen je...


ni makcik aku lagi sorang.
makcik2 aku memang semua kepale gonjol gonjol.
macam anak anak sedaranya jugak.hahahaha.
tengok ibu aku 2,kuat berposing tau.hahah


ini salah seorang cousin aku
ni still tak cukup corum
so pada hari tersebut kami tak berkepochi sangat
klo cukup corum kompom bergegar rumah pakcik aku.hahaha
*ehem!cousin aku ni single.:D


lihat lah dunia.happy kan kalau boleh berkumpul ramai ramai macam ni.aku tak dapat nak amik pic yang banyak sangat sebab sibuk membantu memasak di dapur.haha.gambar makanan pon tak sempat snap but for you alls nak meleley air liur aku nyatakan la di sini antara makanan yang di hidangkan pada majlis kenduri ini.

nasi berserai
ayam masak tiga rasa
sup daging ala thailand
sayur capcai ala thailand
cake moist cokelat
cake puding berpandan
cake pisang ala Joho.


haishhh..tetiba perut aku pulak yang berbunyi kelaparan.hahah.


muka di akhir majlis.
sungguh tidak teratur.:D


ermmm...manusia bajet comel.haha


sekian,terima kasih.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Ahad, 22 Januari 2012

SATU MINIT MENGATASI DIRIKU..


22hb januari 2012,Ahad.
3.00pm

"syg sihat??"

"sihat..abg macam mana?eh abg buat apa 2.bole bawak hp ke g sane."

"bole syg.ni pinjam hp kawan.ni byk keje kene buat syg.ade mase sekejap je ni.assalammualaikum syg."

"ye ke...oke.waalaikumusalam.."

klik!

hanya sekejap.
satu minit dan dua saat sahaja aku dapat mendengar suara dia.
ku tertunggu tunggu panggilan itu
tiba tiba jam 3 tadi
terubat sedikit si hati
dari suara seperti dia di dalam keletihan
selang 5 saat talian putus
aku menghantar pesanan ringkas
tetapi di balas dengan sekeping pesanan balasan yang membuat aku sedikit terkilan

"your SMS didn't reach 012791**** as the phone is switched off.........."

tak mengapa sayang
cukuplah dengan seminit
sekurang kurangnya aku tahu kau masih sihat di sana
tapi entah mengapa
saat kite berbicara tadi suara aku menggeletar
air di kelopak mata juga bertakung
haishhh mata dan hati
tolong la jadi penyabar
aku bangun
tidak semena mena air itu jatuh berderai
mungkin kerana aku tidak sempat bertanyakan khabarnya
satu minit mengatasi
maaf sayang.





yang merinduimu
sayang



sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Khamis, 19 Januari 2012

NOKIA SIMPAN SAMSUNG PAKAI

assalammualaikum to all readers...

actually apa yang aku nak cerita ini dah lama berlaku.tapi baru sekarang aku ada kekosongon jam,minit dan saat untuk menaip.maklumlah,sekarang da final exam.so masa agak terbatas.dan bila sahaja rajin datang tanpa di jemput,aku terus menaip laju laju segala idea yang mencurah curah dari kepala aku yang bulat ni.sebelum di delete oleh perkara perkara lagho.haha.



kami berkawan baik.

nama kawan baik saya,NANA.
dia kawan baik saya.
saya kawan baik dia.
kami selalu bersama.
dia suka datang ke kolej saya.
ini semua kerana chicken chop kat kolej saya murah dan sedap.
dia juga rajin melepak di kolej saya.
kerana itu,kami berkawan baik.:')


kalau NANA kawan baik aku.
yang lagi 3 ini pula rakan baik aku.
aku tahu sama,tapi tak serupa.:')

di awal tahun.selalunya orang kata awal tahun rezeki sedang berlebih.mungkin.begitu juga yang terjadi kepada kami.rezeki dari Allah,kami terima dengan hati terbuka.so haruslah menggunakan rezeki yang ada di jalan yang benarkan.hidup sebagai seorang student,tidak la terlalu mewah.namun dengan keberkatan rezeki itu,dapat lah aku dengan budak budak ni membeli apa yang di hajati.hehehe.di awal pagi sanggup membuka langkah naik bas,turun bas,naik putra lrt,turun putra rt,naik monorail,turun monorail menuju ke low yatt.


dari pagi sampai ke matahari sudah mula masuk ke sarang.
akhirnya barang barang yang di cari dapat di bawa pulang bersama.

notebook Asus,MOON.
RM850.++


tighter wire,NOYIS.
RM5.00


sandisk pendrive 8GB,ADIK.
RM72.00,RM24/per


slipper blackberry casing,WAWA.
RM10.00


cutton blouse,NOYIS.
RM10.00


notebook speaker,WAWA.
RM12.00


papago GPS,CIK NAZ.
RM399.00

apad,WAWA.
rm260.00


seriously.apa yang aku nak cakap sangat sangat berbaloi.kat sana gadget gadget semua murah murah belaka.dan yang tak perlu risau,semua ori.sangat berbaloi!ikutkan ati aku nak je beli macam macam.namun aku harus mengikut seperti di dalam list.haha.aku tahu ramai yang tidak menggemari untuk ke low yatt kerana kesesakan orang ramai.tetapi harga gadget boleh di dapati dengan harga yang terendah kot.kualiti just is same dengan yang lain.kalau tak percaya boleh tanya sendirik dengan buyer.eh,kite kan manusia.ada insting kan kalau seseorang 2 tipu or tak? :')


apa entah yang aku bebelkan.tapi apa yang aku cakap semua betul...tak rugi pon.ala..tak payahlah pakai yang branded2 sangat.now branded apa paon semua dah kualiti tinggi.cuma terpulang pada kita je sameada pandai jaga atau tak..serius!hari 2 memang aku penat gila tapi puas ati la.kaki jangan cakap der!memang macam nak tercabut rasanya.haha.mana taknya,manusia kat low yatt ramai gila nak mam*** kot.lagi lagi ari Ahad.tau tau je la kan.abes membeli belah kat low yatt,naik Times Square mencekik.lapo dohhh!perut dah berkeroncong.


makan pon kau beranagan ea Moon.hahaha.


sweet sour chicken rice.

seperti biase memenuhkan perut di Kopitiam Cafe.ni je lah kot kopitiam yang aku rase makannya sedap and harga oke.kenyang pon kenyang.tapi yang aku tak puas hatinya tak dapat pon voucher book macam tahun lepas.=..'=


eh,itu kenangan aku.;')

aku apa lagi.dapat makan memang tak pandang kiri kanan la kan.hahhaha.lapar yang teramat kot.nasib baik la sebelum pergi wawa ada sua sekeping biskut.kalau tak memang aku dah badmud la sepanjang perjalanan sebab perut lapar.haha.alhamdulillah,semuanya di permudahkan.

seriously,sekarang gembira.
banyak faktor.
tapi salah satunya sebab ini.
puas hati apabila berjaya mendapatkan sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.^_^


.suka.

sekian terima kasih.
dari saya NORIS EKA RAUDZAH melaporkan dari sri pentas TV3.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Rabu, 18 Januari 2012

SELAMAT BERJUANG SAYANG..

18hb januari 2012,Rabu.
2.04pm

hanya doa mampu aku kirimkan dari jauh sayang.
sebelum tidur dan juga setiap kali selepas tunaikan 5 waktu.
aku mahu kau kembali dalam keadaan sihat.
aku mahu kau kembali dengan hati yang bersih.
aku mahu kau kembali dengan ilmu di dada.
aku mahu kau pulang dengan iman di hati.

"insyaAllah"

kau membalasku.

seperti mereka kau bakal menjadi.
dulu sewaktu aku masih kecil.
aku sentiasa berangan sebelum tidur.
ingin bersuamikan seorang lelaki yang memakai pakaian khas.
benar kata orang orang tua
doa seorang anak kecil mudah di makbulkan Tuhan.
alhamdulillah
kalau jodoh kita di panjangkan dan di restui Allah.:')


kejauhan jarak antara kita
membataskan segalanya
kalau dulu aku yang sering mengejutkan kau bangun subuh.
kini tiada lagi
kalau dulu kau yang selalu menaip nomborku untuk bertanyakan soal makan.
kini tiada lagi
kalau dulu aku sanggup meminjam rm2 dari maxis untuk memberitahu aku sudah berangkat ke kelas melalui pesanan ringkas.
kini tiada lagi
kalau dulu kau selalu memberi aku bebelan percuma melalui panggilan video kerana pulang lambat.
kini tiada lagi
kalau dulu aku sering menanyakan pendapat tentang pakaian baru melalui pesanan bergambar.
kini tiada lagi

semuanya berubah untuk jangka masa 180 hari.

ini sahaja sebagai pengganti diri
sekeping kad bertemankan seekor kucing
juga sebuah bingkai gambar bersama burung belatuk
mungkin mereka berdua boleh menjagamu untuk diriku sayang.
ah!aku merepek lagi.
kerana rindu sedang memenuhi ruang kepala.


kau hanya memberikan satu ayat yang membuatkan aku lega..

"sayang,jaga diri baik baik.tunggu abang."

pasti.
aku hanya membalas dengan senyuman.
kau melambaikan tangan menandakan kau harus pergi
aku juga melakukan sedemikian.
kau berpaling,aku berpaling.
aku tidak mahu memandang ke belakang lagi
kerana pasti air jernih akan jatuh ke pipi.



tiada yang lain lagi
hati sudah tertutup untuk lelaki selain kamu
pasti
setia aku menunggu
i'll be waiting for you.


yang benar,
sayang.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~

Selasa, 17 Januari 2012

CITA CITA DIA.

17hb januari 2012,Selasa.
2.23 pm


sekarang hanya mampu tersenyum menandakan lega
pada nombor 2009 merupakan tahun rezeki ku
dan pada angka 2012 rezeki untuk dia.
hanya kata alhamdulillah menitip di bibir
selalu uku meningatkan dia.
bersabar sayang.
sesuatu terjadi ada hikmahnya
rezeki ada di mana mana jika kita selalu berdoa
bertahun dia menunggu
bertahun dia bersabar
aku setia di sisi nya



inilah hasilnya untuk orang yang penuh dengan kesabaran.

aku tidak pernah meminta lebih.
cuma kami inginkan yang lebih sempurna
bukan untuk kehidupan sekarang
tetapi kehidupan akan datang
"insyaAllah."
itulah kata yang sering dia katakan pada aku.
dengan senyuman aku hanya membalas.


namun dalam gembira ada sedihnya.
aku memujuk hati
"hai hati,janganlah menangis.dia pergi untuk sementara."
terus pujuk terus pujuk dan terus memujuk.
kadang rasa macam anak kecil.
ah!persetankan perihal hati.
dia pergi berjuang bukan berjiwang.
aku tersenyum lagi.


kepala ke kanan,kepala ke kiri
aku perhatikan keadaan yang bakal dia hadapi
sekali lagi alhamdulillah.
semua di permudahkan oleh Nya untuk dia.
aku tahu dia boleh melakukan semua
tapi mungkin manja nya dia membuatkan aku sedikit risau.
makan pening baju.
macam mana lah agaknya

"jangan risau sayang.i can manage all."

aku tersenyum lagi.
seribu kali risau si ayah dan si emak.
aku apa entah lagi.
berganda dari angka seribu.
aku tahu dan aku yakin dia boleh.
tapi entahlah
naluri perempuan mungkin.
kerana sayang semuanya bercampur baur perasaan.


berat hati ingin meninggalkan
tapi itu harus aku lalui
180 hari sahaja
mulai semalam aku sudah mulai tanda di kalendar
marker merah sentiasa terletak di hujung meja
sabar hati,sabar hati,sabar hati.
untuk meraih sesuatu kebaikan,kita harus mengorbankan sesuatu.
aku percaya kata kata ini.


yang benar,
sayang.


sape2 rase diri dia comel gilee,sila kumen2 n like.tehee~~